Arahan Baru Rejim Zionis ke atas Masjid Aqsa

Khamis, 16/03/2006 –

Pihak polis Israel menyerahkan surat arahan dari pemerintah Israel di al-Quds kepada Taufiq al-Khatib berkenaan pembaharuan larangan masuk ke Masjid al-Aqsa bagi warga al-Quds selama enam bulan ke hadapan. Surat pembaharuan ini merupakan kali yang kelapan secara berturut-turut, semenjak meletusnya intifadhah al-Aqsa pada tahun 2000 yang lalu

Menurut al-Khatib, beliau dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Israel di Maskubiyah, karena termasuk salah seorang aktivis gerakan Islam berdasarkan surat dari Komandan Keselamatan Dalam Negeri (pihak polis) dan Komandan Ketenteraan Israel.

Al-Khatib menambah, tindakan Israel yang melarang para pemuda warga al-Quds untuk melakukan solat di dalam Masjid al-Aqsa, semenjak beberapa tahun yang lalu merupakan tindakan pelanggaran Hak Asasi Manusia (HAM) dan bertentangan dengan semua kesepakatan antarabangsa tentang kebebasan beragama dan beribadah sesuai dengan ajaran yang dianuti.

Dalam pada itu, pemerintah Israel di kota al-Quds, menyatakan kesungguhan mereka untuk terus menutup Yayasan Lajnah al-Turats al-Islami dan Organisasi al-Sanabil dalam beberapa tahun lagi, tindakan ini berdasarkan cadangan dan sokongan dari pihak perisikan Israel dan seorang Jeneral Polis Israel di al-Quds.

Pemerintah Israel sebelumnya telah menutup dua organisasi Islam tersebut sejak 16/2/2003 dengan alasan kedua-duanya mempunyai hubungan dengan gerakan pejuang Hamas.

Semenjak meletusnya intifadhah al-Aqsa, pemerintah Israel telah menutup puluhan pertubuhan dan yayasan berbentuk pendidikan dan sosial yang memberikan bantuan kepada rakyat Palestin di wilayah al-Quds.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.