Zahhar: Mesir dan beberapa pihak beri amaran kemungkinan peperangan baru tercetus di Gaza

Jumaat , 21/01/2011 – Dr. Mahmoud Al-Zahhar, seorang anggota Biro Politik Hamas mengesahkan bahawa pergerakan itu ada menerima amaran daripada kerajaan Mesir dan beberapa pihak rasmi antarabangsa yang dirahsiakannya, bahawa rejim Zionis sedang merancang untuk melancarkan perang terbaru ke atas Gaza.

Zahhar memaklumkan akhbar dari Jordan, Al-Ghad, yang menyiarkan kenyataannya itu pada Ahad lalu bahawa sayap-sayap pejuangan Palestin sentiasa bersedia dan mengjangkakan sebarang keganasan yang dilakukan rejim Zionis itu.

Beliau tidak menafikan kemungkinan akan berlakunya satu lagi peperangan di Gaza berikutan tindakan Liga Arab dan pihak antarabangsa yang hanya membisu melihat kesengsaraan yang amat hebat yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin di tanah air mereka yang dijajah rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa