Israel isytihar keadaan berjaga-jaga selepas menangkap Saadat, protes berterusan

Khamis,

16/03/2006 – Penjajah Israel pada hari Rabu mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga maksima terhadap kemungkinan berlaku serangan balas Palestin berikutan pencerobohan penjara Jericho seterusnya penangkapan Ahmed Saadat, setiausaha agung PFLP, pada hari Selasa.

Ketua polis Israel membuat keputusan menaikkan tahap berjaga-jaga kepada tahap kedua, tahap sebelum status kecemasan, sebagai langkah berjaga-jaga terhadap serangan daripada Palestin terhadap kepentingan Israel sebagai membalas penangkapan Saadat oleh Israel.

Beribu polis Israel dikerahkan ke tempat-tempat sibuk di tanah jajahan Palestin, bagi mengelakkan penculikkan askar atau polis Israel yang dijangka berlaku.

Disamping itu, Israel juga memberi amaran kepada penduduknya agar mengelakkan pergi ke negara Arab buat masa kini, dikhuatiri terdapat operasi balas dendam terhadap mereka.

Askar Israel melancarkan gerakan menceroboh penjara yang dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Palestin di Jericho, di mana Saadat dan 5 pembantunya ditahan bersama-sama beratus banduan Palestin yang lain.

Operasi tersebut dipercayai dilaksanakan atas komplot antara Israel dan Anglo-Amerika berdasarkan fakta bahawa pegawai keselamatan British dan Amerika meninggalkan penjara tersebut beberapa minit sebelum ketibaan tentera Israel.

Di bandar Al-Khalil, beribu menyertai tunjuk perasaan membantah penahanan Saadat menyebabkan bandar tersebut lumpuh. Tunjuk perasaan yang sama juga dirancangkan akan diadakan di Semenanjung Gaza dan kawan Tebing Barat yang lain.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.