Mofaz akui wujud hubungan dengan pihak Britain

Selasa,

21/03/2006 – Menteri Pertahanan Israel, Shaul Mofaz mengakui wujudnya hubungan antara
pihak Israel dengan Britain dalam tindakan penyerbuan penjara Jericho, Selasa (14/03/06), dalam usaha penculikan dan pembunuhan Ahmad Sa’dat dan rakannya.

Tindakan tersebut mengakibatkan 2 rakyat Palestin terbunuh dan 20 orang cedera. Seperti dilaporkan oleh pejabat berita pembebasan Palestin, al markaz al- filistini Lil i’lam, Shaul Mofaz menegaskan dalam akhbar Ha’aretz bahawa Israel sudah mengetahui mengenai penarikan diri pengawal Britain dan Amerika Syarikat dari penjara Jericho.

Menurut Mofaz, pasukan tentera Zionis Israel telah bersiap siaga sejak seminggu sebelum penyerbuan penjara Jericho untuk menculik dan membunuh para tahanan, terutama pimpinan utama, Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin (PFLP) Ahmad Sa’dat.
Pernyataan Mofaz ini telah menyanggah kenyataan pimpinan tertinggi tentera Zionis Israel,sebelum ini yang menyatakan tidak wujud hubungan antara Zionis Israel dengan pihak Amerika Syarikat dan Britain yang mengawal penjara Jericho sebelum tindakan penyerbuan.

Mofaz mengatakan kepada akhbar Ha’aretz, bahawa pasukan tentera Israel telah menyiapkan serangan ini sejak seminggu lalu. Beliau menyetujui tindakan yang
dilakukan oleh tentera Zionis sesuai dengan rancangan mereka melakukan tekanan bertahap terhadap pihak Hamas dan sekutunya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.