Hamas akan menculik askar Israel untuk melepaskan banduan Palestin

Selasa, 21/03/2006 –

Hamas akan menculik beberapa askar Israel untuk ditukarkan dengan banduan Palestin yg berada di penjara Israel. Tindakan Hamas ini sebagai tindakbalas yg dibuat oleh Israel yg mengepong penjara Jericho dan menangkap Ahmed Saadat, setiausaha PFLP dan lima orang yang lain.

?Ini jenayah serius, dan Israel perlu melepaskan mereka yg di penjara Israel?, kata MP Hamas, Fathi Hammad.

Hammad menambah, ?Jika musuh kita menggunakan cara begini, kita akan memilih untuk menculik askar Israel untuk menyelamatkan banduan kita; secara terang dan jelas sekarang ini, Israel yg memulakan segalanya?.

Dia menegaskan Hamas sanggup melindungi semua orang Palestin walaupun menerima pelbagai tekanan, tambah beliau, ?Kami ingin bertanya, dimana Amerika dan British? Mengapa Israel boleh mengepung penjara Jericho??

Dia menambah berkata konspirasi yg diterajui oleh America, Britian dan Israel adalah besar, menjadikan tanggungjawab Hamas semakin besar. Bagi Bridge Qassam, sayap tentera Hamas, menyatakan Israel telah melanggar segala sempadan untuk menahan Saadat, tambahan lagi tangkapan Saadat menambah lagi situasi perang askar Israel kepada rakyat Palestin.

?Apa yg berlaku Selasa lalu jelas Amerika dan British berpakat dgn Israel menentang kami tanpa menghormati segala perbincangan sebelum ini?.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.