Hamas nafikan tuduhan Fatah tentang pertemuan El-Arouri dan pegawai Zionis di Eropah.

Isnin , 24/01/2011 – Hamas menafikan apa yang dilaporkan oleh media Fatah berkenaan pertemuan seorang pemimpin Hamas, As-Syeikh Solah El-Arouri, dengan pegawai Zionis di negara Eropah, sambil menyatakan bahawa laporan media Fatah ini bertujuan untuk merosakkan imej Hamas.

Media Hamas berkata dalam kenyataan yang diterima Pusat Informasi Palestin berkata, : “Kami barisan Hamas menentang keras kempen yang dijalankan oleh sebahagian pusat media kepunyaan Fatah yang menyebarkan berita palsu bahawa terdapat pertemuan di antara saudara Solah El-Arouri, seorang pemimpin Hamas, dengan pihak Zionis di Eropah. Kami ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah palsu dan tidak berasas, dan hanya bertujuan untuk meburukkan imej Hamas dan para pemimpinnya yang tidak langsung wujud kecuali di dalam imaginasi mereka (Fatah) dan khabar berita palsu sebegini.”

Hamas menambah : “sebahagian pemimpin yang berpengaruh di dalam Fatah dan PA sibuk dengan berbincang, bermesyuarat dan bekerjasama dengan pihak Zionis, dan mereka telah menerima kesan buruk akibat bekerja bersama pihak musuh ini iaitu mereka dianggap tiada peranan lagi dalam hidup, sehingga mereka terpaksa memberhentikan segala perjumpaan dan dialog keji mereka bersama Zionis. Kini mereka menuduh dan memburukkan imej para pemimpin Hamas dan para pemimpin yang tegar berjuang untuk mempertahankan rakyat Palestin, sebagai langkah untuk menutup aib mereka yang sering berganding bahu dengan pihak musuh, iaitu Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen