Abbas Enggan Menjelaskan Pendirian Sehingga Program Hamas Dibentangkan

Rabu, 22/03/2006 –

Mahmoud Abbas, ketua PA, pada hari Ahad enggan menjelaskan pendiriannya mengenai kerajaan Hamas sehingga beliau menerima program dan kabinet kerajaan daripada bakal PM Ismail Haneyya.

Beliau berkata semasa melawat terminal Rafah bahawa barisan kerajaan dan programnya akan dibentangkan bersama Majlis Perundangan Palestin dan berharap dan menyakinkan seterusnya majlis angkat sumpah dan sessi Majlis Perundangan Palestin boleh diadakan dengan segera.

Sementara, Mahmoud Abbas berharap sempadan Rafah hendaklah sentiasa dibuka kerana ianya adalah satu-satu jalan penghubung ke luar untuk masyarakat Palestin.