Misyal: Kunjungan ke Yaman Berjaya

Rabu,

22/03/2006 –
Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas pertemuannya dengan para pemimpin
Yaman di San?a, ketua biro politik Hamas, Khalid Misyal mengatakan, pertemuan tersebut mencapai kejayaan. Yaman berjanji akan memberi sokongan kepada pemerintahan baru Palestin.

Misyal menegaskan, bahawa gerakan pertempuran hanyalah pendekatan yang perlu diambil
dan bukan tujuan. Pertempuran dilakukan sebagai pilihan untuk mempertahankan
serangan Zionis Israel yang terus menggempur rakyat Palestin sebagai hukuman atas
pilihan mereka terhadap Hamas.

Misyal menyebutkan, bahawa gerakannya mampu membezakan antara fasa pertempuran dan
mana strategi politik. Di depan Hamas terbentang agenda reformasi dan pembaikan
untuk kesejahteraan Palestin. Apa yang disepakati rakyat Palestin dan yang telah
membentuk pemerintahan yang diterajui oleh Hamas adalah terjamin keabsahannya di
peringkat antarabangsa. Sementara itu, ketidakbersamaan kumpulan-kumpulan lain dalam
pemerintahan yang dibentuk oleh Hamas merupakan hak mereka. Kami juga berharap dapat
bekerjasama dengan mereka sebagaimana kerjasama kita dalam perjuangan sebelumnya.

Misyal menambah, kami tidak sendirian di dalam menyusun pemerintahan tersebut. Di
sana ada individu dan badan bebas daripada kalangan teknokrat dan dibelakangnya
rakyat Palestin serta pemerintahannya. Misyal mengisyaratkan, Hamas telah berusaha
keras untuk memanfaatkan cadangan, idea dan respon pelbagai pihak, berkaitan
perpindahan kekuasaan yang terjadi dalam pemerintahan Palestin. Namun demikian
respon tersebut hanya dapat dilaksanakan dengan berkesan jika berlaku di negera yang
merdeka, adapun kami sekarang berada dalam negara yang masih terjajah.

Dalam pada itu, Khalid Misyal menyebutkan, kunjungan mereka kali ini ke Yaman sangat
berjaya walaupun dalam tempoh kunjungan yang sangat singkat, jelasnya.