Mishaal : Polisi Amerika Syarikat di Timur Tengah cetuskan keganasan

Khamis,

23/03/2006 –

Khaled Mishaal, pengerusi biro politik Pergerakan Hamas berkata pada hari Sabtu bahawa polisi berat sebelah Amerika Syarikat akan hanya mencetuskan lebih banyak keganasan.


“Apa yang US bimbangkan (keganasan) akan hanya meningkat kerana kesalahan polisi luar Amerika yang seperti menuang minyak ke dalam api”, beliau menegaskan sambil menanyakan presiden AS, George Bush, supaya menangani kepentingan negaranya daripada agenda Zionis.

Ketua Hamas itu juga menegaskan bahawa AS seharusnya meneruskan polisi seimbang di Timur Tengah jika mengharapkan kedamaian wujud di rantau itu.

Mishaal, yang tiba di Abu Dhabi sebagai ketua delegasi bertujuan untuk lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu, memberitahu Reuters dalam satu temuramah bahawa Israel tidak boleh meneruskan keganasan dan mengharapkan akan kekal selamat. “Israel perlu paham pesanan daripada Hamas: ia tidak boleh mengecapi kedua-dua kestabilan dan penjajahan, pilihan wajib dibuat antara salah satu.”, tegas beliau.

Beliau kemudiannya menegaskan seterusnya, tindakbalas bersenjata terhadap penjajahan adalah sah, dan semua jenis tindakbalas adalah terbuka untuk pilihan pihak Palestin.

Mishaal berkata kepada ketua-ketua Arab, kerajaan baru Palestin (dibentuk Hamas) memerlukan bantuan tahunan sebanyak 1.75 billion dolar untuk memenuhi keperluannya, sambil menzahirkan keyakinannya bahawa mereka akan terus menyumbang kepada kerajaan baru tersebut.

Beliau berpendapat, mereka akan bersetuju menambah bantuan kepada Palestin sewaktu perbincangan Liga Arab yang akan diadakan di Sudan minggu hadapan.

Ezzet Al-Resheq, ahli biro politik Hamas, berkata bagi pihaknya kepada Reuters, delegasi Hamas telah diyakinkan oleh pegawai-pegawai besar UAE akan penerusan bantuan politik dan kewangan disamping bantuan projek-projek infrastruktur di Palestin.