Delegasi Perancis Bagi Sokongan Padu Terhadap Masalah Palestin

Khamis, 23/03/2006 –

Pada pertemuan menyambut kunjungan delegasi Perancis, Ir. Khalid Abu Arafah, Menteri Urusan Al Quds menyatakan bahawa Al Quds menghadapi tindakan
dan ancaman pihak Yahudi yang amat bahaya pada ketika ini.

Menjawab pertanyaan bentuk program yang dijalankan oleh Kementerian Al Quds kepada
Markaz filistini lili?lam, Menteri yang mesra dengan panggilan Abu Arafah ini mengatakan, usaha pemerintah akan diarahkan untuk menerapkan keputusan pihak antarabangsa yang belum diterapkan. Delegasi Perancis dalam kunjungannya ingin melihat lebih dekat tembok Israel di Al Quds timur.

Kemudian Abu Arafah menjelaskan kepada mereka berkenaan tujuan dan kesan tindakan Israel dari sudut politik, ekonomi, sosial dan kesihatan rakyat Palestin di sekitar tembok perkauman tersebut.

Abu Arafah memuji keperihatinan anggota delegasi Perancis terhadap masalah Palestin. Beliau menegaskan bahawa Islam adalah kebudayaan kaum Muslimin dan Kristian di Palestin. Beliau juga menyatakan bahawa pemerintahan yang baru dibentuk tersebut akan berjaya dengan sokongan dan dokongan rakyat Palestin dan usaha rakan-rakan dari
negara lain untuk menerapkan sistem yang adil dan progresif.

Sementara itu, ketua delegasi Perancis, John Reclovaluba yang merupakan seorang yang
amat prihatin terhadap masalah Palestin menyatakan bahawa beliau dan pertubuhannya
akan berusaha untuk memberikan bantuan sewajarnya kepada masalah yang dihadapi
Palestin memandangkan hubungan Perancis dan Palestin yang cukup baik.

Beliau memberikan semangat kepada Hamas agar tetap terus memberikan perkhidmatan terbaik
kepada rakyat Palestin yang menghadapi pelbagai kesusahan dalam menghadapi penjajahan Israel.