Duweik: Kita menentang Zionis dan bukannya orang Yahudi

Khamis, 23/03/2006 –

Dr. Aziz Duweik, jurucakap Majlis Perundangan Palestin (PLC) pada hari Rabu memberitahu delegasi Kumpulan Yahudi Ortodox ” Neturei Karta”, bahawa rakyat Palestin bukannya menentang Yahudi atau orang Yahudi tetapi sebaliknya menentang pergerakan Zionis.

Sepuluh orang anggota kumpulan Neturei Karta, yang juga tidak mengiktiraf Israel telah menerima jemputan PLC dan menghadiri sesi mesyuaratnya yang bermula pada hari Selasa lalu. Pada mesyuarat yang lain bersama dengan delegasi pelajar Universiti Cambridge, Duweik menjelaskan bagaimana Pihak berkuasa Israel telah membahagikan Tebing Barat kepada 64 bahagian yang dipisahkan oleh ratusan blok-blok tentera.

Beliau juga merujuk kepada sekatan ekonomi yang dikenakan dan juga serangan Israel yang dilakukan hampir setiap hari.

Jurucakap itu juga berkata bahawa PLC pada masa kini sedang merancang untuk melakukan kempen secara besar-besaran di bawah slogan ?Bebaskan rakyat Palestin di bawah perhambaan penaklukan?

Duweik meminta para pelajar berkenaan untuk menyokong kempen ini apabila dilancarkan nanti, selanjutnya beliau mengimbas kembali sejarah masalah yang dihadapi oleh rakyat Palestin dan kesengsaraan yang mereka tanggung selama ini.

Beliau juga mengaskan bahawa PLO dan PA telah mengiktiraf Israel sebaliknya Israel pula tidak mengiktiraf rakyat Palsetin dan hak kemerdekaan negera Palestin. ?Rakyat kami mahukan keamanan dan kestabilan dan benci kepada keganasan, tetapi hasrat ini ditolak dengan lebih banyak penaklukan dan keputusan berat sebelah yang berpihak kepada Israel?, tegas Duweik.