Populariti Parti Kadima Menurun

Jumaat, 24/03/2006 –

Parti Kadima yang dipimpin oleh Perdana Menteri sementara Israel, Ehud Olmert (gambar)
secara popularitinya masih mengungguli parti-parti pesaingnya meskipun dijangka
mengalami penurunan dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada 28 Mac ini.

Dalam dua pengundian terakhir yang dikeluarkan hari ini, parti yang dipimpin oleh PM
Ariel Sharon ini dijangka akan memperolehi 36 hingga 37 kerusi di parlimen Israel
yang jumlah keseluruhannya 120 kerusi.

Dalam pengundian yang dilakukan oleh lembaga studi Dahiv yang disiarkan dalam harian
Yediot Aharonot, Kadima mempeolehi 36 kerusi dimana perolehan ini menurun berbanding< pengundian sebelumnya. Sementara itu, parti Buruh memperolehi peningkatan, menjadi< 21 kerusi manakala parti Likud memperolehi penurunan menjadi 14 kerusi. Dalam pengundian lain, yang diadakan oleh harian Maarev, parti Kadima memperolehi 37 kerusi, parti Buruh memperolehi 21 kerusi dan Likud memperolehi 14 kerusi. Sementara itu, tiga parti Arab Palestin yang akan ikut serta dalam pilihan raya umum Israel akan memperolehi 10 kerusi. Empat untuk Komuniti Demokrasi Nasional pimpinan Azmi Basyarah, dan tiga untuk masing-masing Barisan Demokrasi untuk Perdamaian dan Persamaan, dan Barisan Arab Bersatu. Populariti parti Kadima menurun sejak Ariel Sharon menderita diserang angin ahmar. Keadaan ini mewujudkan kekhuwatiran bahawa parti Kadima akan menemui kesukaran mendapat kerjasama parti-parti lain dalam rancangan pegunduran Israel di Tebing Barat. Pada waktu yang sama, PM sementara Israel Ehud Olmert masih bertegas dalam meneruskan rancangan pengunduran Israel dari wilayah Tebing Barat. Olmert mengatakan bahawa beliau tidak akan bergabung dengan kerajaan campuran jika pihak lain tidak menerima rancangan tersebut. Rancangan ini mencakupi penggabungan kawasan Israel yang besar ke wilayah Israel dan menjadikan tembok pemisah sebagai perbatasan akhir
negara ini.

Parti Buruh yang dipimpin oleh Amer Peretz baru-baru ini menyatakan kesediaannya
untuk menerima rancangan tersebut manakala parti Likud yang dipimpin oleh Benyamin
Netanyahu menolaknya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.