Parti memerintah Norway berhasrat menjemput kerajaan baru Palestin

Jumaat, 24/03/2006 –

Pengerusi Parti Buruh yang memerintah di Norway berkata negara beliau akan terus menyokong rakyat Palestin melalui Pihak Berkuasa Palestin dan PBB, sambil menegaskan pentingnya mengadakan dialog dengan kerajaan baru Palestin yang akan dibentuk oleh Pergerakan Hamas.

Beliau berkata, partinya berhasrat agar kerajaan Norway akan menjemput perdana menteri baru Pihak Berkuasa Palestin melawat Oslo.

Laporan berita tersebut telah disiarkan oleh laman web Safsaf yang prihatin terhadap berita komuniti Palestin yang menetap di Norway.

Ia menyatakan ketua Parti Buruh telah mengadakan perjumpaan dengan Nidal Hamad, wakil komuniti Palestin di Norway. Nidal Hamad menegaskan keadaan kehidupan yang sukar bagi rakyat Palestin yang dijajah Israel.

Beliau menyatakan Oslo seharusnya mengutuk pencabulan hak asasi manusia dan keganasan Israel, sambil menambah bahawa pembunuhan aktivis politik oleh Israel patut diberhentikan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.