Haneyya : Kerajaan Baru akan melaksanakan undang-undang untuk org kurang upaya

Isnin, 27/03/2006 –

Ismail Haneyya, bakal Menteri PA, memberitahu kerajaan baru akan memberi lebih perhatian kepada mereka yang hilang upaya dan akan menguatkuasakan undang-undang PA untuk memberikan 5% jawatan dalam kerajaan.

Haneyya, yg bercakap semasa ucapan selamat datang kepada rombongan persatuan kurang upaya, berkata kecacatan yg semua ini adalah ujian dari Allah dan sesiapa yg bersabar akan memperoleh nikmatnya.

Dia berkata yg dia bersedia untuk memberi sokongan kepada persatuan dan menambah dia akan melawat dan berjumpa ahli-ahli persatuan ini.

Hashem Ghazal, pengarah persatuan tersebut, berkata persatuan ini diwujudkan sebagai idea mewujudkan kelab untuk mereka yg pekak pada 1995 dgn 15 orang pekak menyertai. Jumlah ahli bertambah sehingga 1000 dengan peningkatan kepada mereka yg berumur 16 tahun ke atas.

Dia memberitahu persatuan itu kini mengalami masalah kewangan, dan menambah jika dia meninggalkan persatuan tersebut memberikan tekanan besar untuk dirinya sendiri.

Ghazal berbincang dengan Haneyya membuat perancangan untuk matlamat dan activiti persatuan bagi memenuhi keperluan utama persatuan ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.