Kuwait Nyatakan Sokongan Politik dan Kewangan Kepada Palestin

Isnin, 27/03/2006

Delegasi Hamas yang didetuai oleh Khalid Mishaal tiba di Kuwait Sabtu (25/3/06).Kunjungan ini merupakan rangkaian dari lawatan rasmi delegasi Palestin ke
negara-negara Teluk.

Mereka dijadualkan akan bertemu dengan beberapa pemimpin utama Kuwait dan beberapa
orang perwakilan Palestin di sana.

Rombongan Hamas yang terdiri dari Sami Khatir, Muhammad Nazzal, Imad al-Alami dan
Muhammad Nasher akan melakukan beberapa pertemuan dalam tempoh dua hari dengan
beberapa pemimpin utama Kuwait.

Menurut salah seorang anggota biro politik Hamas, Muhammad Nazzal, pada pagi Sabtu
tersebut pihaknya sudah bertemu dengan Raja Kuwait, Syaikh Sabah al-Ahmed al-Sabah
di istananya. Pertemuan tersebut dihadiri juga oleh putera mahkota Syaikh Nawaf
al-Ahmed al-Sabah, Menteri Luar Syaikh Dr. Fahd al-Khanah dan Dr. Walid al-Tabtab’i.

Dalam wawancara melalui telefon dengan markaz filistine lili?lam, Muhammad Nazzal
mengatakan, pihaknya telah menjelaskan kepada para pemimpin Kuwait tentang
langkah-langkah Hamas pada masa hadapan dan usaha Hamas dalam membentuk pemerintahan
gabungan nasional, katanya.

Hamas juga menyatakan tentang kekecewaannya terhadap Liga Arab yang tidak menjemput
pemerintahan baru Palestin ikut serta dalam persidangan Liga Arab.

Hamas menyeru para pemimpin Arab untuk mengambil keputusan menyokong dan membantu
rakyat Palestina dalam pelbagai bidang, seperti, politik, sosial, kemanusiaan dan
kewangan.

Nazzal menegaskan, para pemimpin Kuwait menyatakan kesediaan mereka untuk tetap
memberi komitmen terhadap keputusan-keputusan Sidang Kemuncak Liga Arab, sama ada
dalam masalah sikap politik maupun kewangan. Mereka juga menyebutkan, pihaknya
menghormati keputusan rakyat Palestin yang secara demokratiknya telah memilih Hamas.
Mereka menegaskan, bahawa negaranya akan tetap meneruskan bantuan terhadap rakyat
Palestin dan pemerintahan barunya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.