Mufti Palestin gesa rakyat pertahankan masjid al-Aqsa

Isnin, 27/03/2006 –

Sheikh Ekrema Sabri, Mufti Jerusalem dan Palestine, pada hari Ahad menggesa rakyat Palestin meredah halangan pemisah Israel dan menuju ke masjid Aqsa untuk mempertahankannya daripada cubaan pencerobohan oleh fanatik yahudi.

Sabri, di dalam sebuah kenyataan akhbar berkata, puak pemisah Israel perlu bertanggungjawab terhadap apa jua kemusnahan di masjid Aqsa, dan mengkritik sekatan jalan raya oleh Israel khususnya di pintu masuk Jerusalem dan keseluruhan tanah Palestin amnya.

Mufti berkenaan kemudian menyeru semua negara Islam dan negara Arab bertindak atas dasar kepentingan agama dan nilai sejarah di dalam usaha pemeliharaan masjid Aqsa.

Beliau menegaskan bahawa bukan Islam tidak seharusnya masuk campur di dalam urusan tanah suci itu, disamping menolak idea untuk pembentukan jawatankuasa muslim-yahudi untuk membincangkan nasib masjid Aqsa.

Jawatankuasa tertinggi perundangan Islam pada hari sabtu lalu juga menolak idea yang sama pada mesyuarat majlis keagamaan di Spanyol beberapa hari sebelum itu.

Kenyataan akhbar yang dibuat oleh majlis tersebut menyebut keseluruhan kawasan Aqsa itu memang dimiliki oleh orang Islam dan orang yahudi dan lain-lainnya tidak mempunyai hak sedikit pun ke atasnya.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa dakwaan Israel ke atas Aqsa adalah palsu dan hanyalah bertujuan untuk mendapatkan kepentingan politik sahaja.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.