Haneyya menolak dakwaan krisis dalam pentadbirannya

Selasa, 28/03/2006 –

Bakal Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya menolak dakwaan krisis pentadbirannya di dalam PA sebagai maklum balas kepada kenyataan yang dibuat oleh ketua PA, Mahmoud Abbas, dan menegaskan barisan kabinetnya akan mengangkat sumpah dihadapan Mahmoud Abbas pada hari Rabu (29/3).

Haneyya memberitahu para wartawan setelah bermesyuarat dengan mantan Perdana Menteri, Ahmed Qrei bersama Menteri Luarnya, Dr. Mahmoud Al-Zahhar bahawa ketidaksamaan di dalam kepimpinan PA akan ditangani dengan sessi dialog yang teliti dan persefahaman. Abbas telah meminta Haneyya untuk meminda program politik kerajaannya setelah memenangi keyakinan rakyatnya supaya serasi dengan program yang diatur oleh Abbas.

Beliau berharap kerajaannya akan memenangi undi keyakinan majlis legislative Palestin, dan berkata undi keyakinan itu telah diadakan pada hari Isnin (27/3). Qrei mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan baru tersebut, dan menambah kemungkinan kerajaan yang telah diketepikan ini dapat bekerjasama dengan yang baru.

Menteri yang telah meletak jawatan itu mengucapkan selamat maju jaya dan akan terus mengadakan hubungan dengan kerajaan baru ini.

Haneyya memuji perbincangannya bersama Qrei, dan menambah, ? Kami mendapati kerajaan sebelum ini telah menyediakan system kewangan, pentadbiran dan pemantauan dimana kami boleh mendapat manfaat serta memperbaikinya?.

Beliau menegaskan akan menangani sebarang fenomena negatif dengan kebijaksanaan, kesabaran, undang-undang serta system kehakiman yang adil.

Bakal Perdana Menteri itu berkata perbincangan denagn Qrei itu menyentuh keutamaan yang perlul diambil oleh kerajaan baru ini, keadaan antarabangsa dan Zionis serta keselamatan dan pengangguran.

Dalam pada itu, Menteri Parlimen, Yasser Mansour, memberitahu laman web Palestin bahawa Christian Tanos Abu Aita yang telah dilantik sebagai Menteri Pelancongan untuk kerajaan baru itu telah menerima tekanan supaya tidak menyertai kerajaan tersebut, dimana beliau tidak akan melakukannya

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.