Haniyeh Optimis Kerajaannya Dipersetujui Parlimen dan Abu Mazen

Selasa, 28/03/2006

Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh menyatakan keyakinan bahawa kerajaan yang
telah dibentuknya akan memperolehi sokongan dari dewan parlimen Palestin hari Isnin
ini, beliau menafikan adanya krisis undang-undang antara pemerintah yang akan
dilantik pada hari Rabu, 29/3/06 dan presiden Palestin Mahmoud Abbas

Dalam wawancaranya dengan wartawan Ramatan, Ahad (26/03/06), Haniyeh menjelaskan,
dewan parlimen Palestin akan memberikan kepercayaan kepada kerajaan baru tersebut.
Dalam waktu yang sama kerajaan Palestin akan menegaskan komitmennya terhadap hak-hak
legal Palestin serta komitmennya untuk memperkuatan kerajaan campuran dalam menjaga
persatuan bangsa Palestin. Haniyeh dan kerajaannya juga menyatakan komitmen mempertahankan hak rakyat untuk membela diri dari serangan dan ancaman penjajah Israel.

Haniyeh menambah, salah satu program pemerintahnya adalah mempereratkan hubungan
antara bangsa Arab dan Islam dan menjalin hubungan diplomatik dengan dunia Eropah
dan lain-lain negara dalam perhubungan antarabangsa mahupun serantau.

Mahmoud sebelum ini menghantar perutusan kepada bakal perdana menteri daripada Parti
Hamas, Ismail Haniyeh dengan memberi amaran beliau sedia menggunakan mandat dan
kuasa (berhak memecat perdana menteri terpilih) yang ada padanya apabila keadaan
memerlukan bagi melindungi kepentingan Palestin.

Sementara itu Haniyeh mengatakan, bahawa beliau tidak melihat adanya krisis
undang-undang antara pemerintah Palestin dan Abu Mazen, hubungan kedua-duanya
berjalan sebagaimana biasa. Kerjasama, dialog dan koordinasi masih berjalan baik,katanya.

Sebaliknya beliau mereasakan terdapat pihak-pihak yang menghendaki agar Abu Mazen
mengganggu lingkaran pemerintahan untuk mewujudkan hubungan yang tegang dengan
pemerintah Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.