Hubungan Muslim-Kristian semakin kuat dibawah kerajaan Hamas

Selasa, 28/03/2006 –

Tanas Abu Aita yang telah dilantik untuk memegang portfolio di kementerian pelancongan dalam kerajaan yang dibentuk oleh Hamas berterima kasih kepada Hamas kerana memilihnya untuk jawatan itu, walau bagaimanapun beliau meminta maaf diatas keuzurannya dan sibuk dengan perniagaan persendiriannya.

Abu Aita memberitahu PIC bahawa Hamas memilihnya untuk jawatan itu kerana penglibatannya didalam aktiviti pelancongan selama lebih daripada 27 tahun.

Ditanya mengenai hubungan Islam-Kristian di Bethlehem dan bandar Palestin yang lain, beliau mengesahkan ianya memang baik, dan menyatakan umat Islam Palestin dan Kristian mengamalkan toleransi dan persahabatan yang kuat.

Beliau juga menegaskan bahawa Hamas sedar akan keakraban hubungan diantara Muslim dan Kristian, dan melahirkan keyakinan hubugnan seumpama itu akan menjadi lebih kuat di bawah kerajaan yang dipimpin oleh Hamas.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.