Categories
Berita Semasa

Pesawat Zionis lancarkan peluru ke atas Gaza.

Jumaat , 25/02/2011 – Pesawat Zionis pada lewat malam Rabu / Khamis melancarkan beberap butir peluru yang disasarkan di sepanjang Jalur Gaza, beberapa jam selepas pelancaran 2 serangan yang mengakibatkan seorang syahid dan 16 lagi warga Palestin cedera termasuk seorang yang cedera parah.

Menurut sumber tempatan kepada wartawan Pusat Informasi Palestin, pesawat perang Israel jenis F-16 telah melancarkan serangan ke atas sekurang-kurangnya satu bidang tanah pertanian di Hay Satr dekat utara Khan Younis (dari selatan Jalur Gaza) mengahancurkan tempat itu keseluruhannya namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. ┬áIOF turut dilaporkan menggempur kawasan lain di selatan Jalur Gaza yang popular dengan nama “zon Abu Jarrad” tanpa laporan sebarang kecederaan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen