Categories
Berita Semasa

Laporan: PA tangkap 200 penyokong Hamas dalam bulan Januari, 3 ribu lagi pada tahun 2010

Jumaat , 25/02/2011 – Satu laporan yang terbaru mendedahkan bahawa agensi keselamatan pihak berkuasa Palestin (PA) telah menangkap seramai 200 orang penyokong Hamas di Tebing Barat pada bulan Januari 2011, manakala sejumlah 3,000 orang lagi telah ditangkap pada tahun 2010.

Laporan itu yang dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Gaza pada Selasa lalu berkata PA yang dikuasai oleh pergerakan Fatah terus menahan beratus-ratus orang penyokong Hamas dan kumpulan penentang yang lain.

Daripada 3,000 tahanan bermotifkan politik itu, 1,404 orang pernah ditahan di penjara rejim Zionis sebelum ini, termasuklah 49 orang imam masjid, 23 orang professor universiti, 36 wartawan, 32 orang pegawai perbandaran tempatan, 417 pelajar universiti dan 9 orang guru.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa