Abu Zuhri: Amaran kepada mereka yang cuba mengekplotasi kenyataan pemimpin Hamas

Selasa, 28/03/2006 –

Sami Abu Zuhri, jurucakap pergerakan Hamas, Isnin lalu memberi amaran kepada mereka yang cuba membuat kenyataan palsu terhadap pemimpin Hamas dengan harapan untuk mencetuskan kekecohan.

Kumpulan Pelajar Fatah merancang untuk mengadakan demonstrasi pada hari Isnin ini di Gaza untuk memperotes kenyataan palsu terhadap Khaled Mishael, pengerusi biro politik dimana beliau telah dituduh berkata, mereka yang mengangkat gambar bekas presiden Iraq Saddam Hussin tidak mewakili rakyat Palestin.

Abu Zuhri.berkata, ?Kami sangat terkejut bila kenyataan itu dipaparkan oleh pihak media?.

Dia kemudian menjelaskan, ?kami telah menghubungi Mishaal dan beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan tersebut, disamping menambah ada pihak yang cuba menangguk di air yang keruh melalui kenyataan palsu dan tidak berasas itu?

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.