Tentera Zionis Bunuh Remaja Palestin

Khamis, 30/03/2006 –

Seorang remaja, 16, Hammad Musleh dibunuh pada lewat hari Sabtu (25/03/2006) oleh tentera zionis. Sumber mengatakan syuhada tersebut tidak bersenjata namun dituduh oleh zionis sedang cuba menanam bom. Beliau ditembak semasa mendekati sempadan Tebing Gaza dengan Garisan Hijau (tanah dijajah 1948)

Sementara itu, jet pejuang F-16 buatan Amerika melancarkan serangan udara di Tebing Gaza tetapi tiada kecederaan dilaporkan. Tiga orang Palestin tidak bersenjata ditangkap oleh Zionis di sempadan Mesir manakala seorang berjaya melepaskan diri ke Mesir.

Dalam masa yang sama, Briged Aqsa dan Briged Mujahidin telah melancarkan 5 peluru berpandu ke penempatan haram Israel dan utara Tebing Gaza. Tindakan mereka adalah akibat kenyataan angkuh Dan Hultz ketua staf yang akan menghalang kesemua serangan mereka dan tindakan rakyat Israel membakar Al-Quran di Deir Ghassana di Tebing Barat selain daripada keganasan tentera zionis.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.