Heneyya: Kami akan harungi cabaran, tekanan tidak akan melemahkan kami

Khamis, 30/03/2006 –
Perdana Menteri PA, Ismael Haneyya telah menegaskan kerajaan baru Palestin akan memohon bantuan Allah, rakyatnya serta kepercayaan daripada ummah untuk berdepan dengan cabaran pada masa hadapan.

Haneyya yang berucap kepada satu perhimpunan yang besar di bandar Gaza untuk meraikan kemenangan kerajaannya didalam undi percaya parlimen, menegaskan bahawa tekanan tidak akan menyekat kerajaannya daripada meneruskan agenda nasional serta hak-hak rakyat Palestin.

Beliau mengakui kerajaannya menghadapi cabaran dan tekanan yang cukup hebat, walau bagaimanapun ia tidak akan melemahkan mereka dan akan melindungi rakyat dan kepentingannya.

Pada kenyataan sebelumnya, beliau berkata program politik kerajaannya adalah untuk menghasilkan perjuangan dan mengekalkannya.
Perdana Menteri yang dilantik itu memberitahu wartawan sebelum menghadiri sessi kedua majlis legislatif yang mana pergram tersebut mengutarakan soal perjuangan lebih daripada sekali.

Beliau memberi maklum balas kepada Menteri Parlimen, Mohammed Dahlan, Fatah, yang mengatakan program tersebut tidak wujud soal perjuangan, dan menyifatkan program tersebut sebagai program kumpulan pelajar dan bukannya kerajaan.

Berpuluh ribu rakyat Palestin berarak melalui jalan-jalan di Gaza pada upacara yang dikendalikan oleh Pergerakan Hamas untuk menyatakan kesetiaan mereka kepada kerajaan pimpinan Hamas yang baru itu. Demonstrasi yang sama juga diadakan dibeberapa kawasan di Tebing Barat.

Di Nablus, jurucakap Hamas di Tebing Barat, Adnan Asfour, berucap dihadapan perhimpunan yang besar dan menegaskan Hamas akan terus bergerak dan maju dalam perjalanan politik sebagaimana kejayaan didalam perjuangan bersenjata mereka.

Beliau menyatakan Hamas akan memenuhi kehendak rakyat dan tidak akan mengecewakan pengundi yang telah mengundi mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.