Jurucakap Majlis Perundangan, Dweik bertemu dengan pegawai-pegawai Kementerian Luar Russia.

Jumaat , 04/03/2011 – Jurucakap majlis perundangan Palestin, Dr Aziz Dweik dan sejumlah ahli parlimen bertemu pada Rabu bersama wakil Russia di kota Ramallah dan membincangkan beberapa perkembangan serta isu di Palestin dan tanah Arab.

Delegasi Russia itu terdiri daripada wakil Menteri Luar Russia Alexander Yefimov, wakil Rusia di Palestin, Alexander Rudakov serta para pembantu mereka.

Dr Dweik menyeru penyertaan Russia dalam membantu Palestin dan isu-isu Arab serta menekankan bahawa kedudukan politik Russia adalah seimbang dan ikhlas. Beliau dan delegasi Russia menegaskan kepentingan prinsip kebebasan, keadilan, kemanusiaan serta konsep universal hak-hak asasi. Turut dibangkitkan tentang Hamas menolak sebarang tindakan ekstrimis dan keganasan kerana ia bertentangan dengan kepercayaan dan nilai mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati