Mishaal tolak campur tangan konflik Arab namun membela kebenaran

Khamis, 30/03/2006 –
Khalid Mishaal, ketua biro politik gerakan Hamas menegaskan bahawa
pihaknya mengambil sikap berimbang berkenaan isu Arab dan menolak campur tangan
dalam konflik antara mereka.

Seperti yang disiarkan oleh harian nasional Kuwait edisi hari ini, melalui telefon
Mishaal menegaskan bahawa warga Palestin yang mengangkat poster Saddam Husain ketika Iraq melakukan pencerobohan terhadap Kuwait sebagai sikap peribadi mereka dan tidak
mewakili semua rakyat Palestin.

Mishaal mengatakan kepada Markaz filistini lili?lam bahawa Hamas tetap mengambil
sikap berimbang dan sentiasa membela kebenaran namun tidak ikut camput tangan dalam
konflik antara negara Arab termasuk masalah Kuwait dan Iraq. Ini kerana Hamas tidak
pernah mengambil pendirian memperburukkan masalah Arab.

Berkenaan pandangan yang yang berkembang di Palestin mengenai isu Kuwait dan Iraq,
menurut Mishaal,adalah hak setiap orang untuk menyatakan pendapatnya.

Di sisi lain, Syaikh Tayseer Amran, anggota pimpinan politik Hamas di Tebing Barat
mengulas ucapan Olmert, Pemangku Perdana Menteri Israel setelah keputusan awal
pilihanraya umum Israel sebagai pidato ekstrim dan mencerminkan sikap perkauman
penjajahan zionis Israel.

Ucapan Olmert mengungkap wajah sebenar penjajah Israel yang menceroboh wilayah dan
menafikan hak Palestin. Olmert menyatakan bahawa Tebing Barat dan Semenanjung Gaza
adalah sebahagian dari wilayah Israel dan Israel akan mengundur diri dari sebagian
wilayah di sana agar wujud perdamaian.

Sementara itu Tayseer menegaskan bahawa Israel belum beranjak dan terus mengingkari
hak-hak nasional Palestin. Amerika dan Eropah serta pemimpin-pemimpin Arab harus
membaca kembali pidato Olmert tersebut dengan baik supaya memahami bahawa Israel
tidak mungkin mengalah dan melakukan kompromi dalam kerjasama politik. Bahkan dalam
perundingan damai yang akan dilakukan adalah semata-mata untuk melemahkan kedudukan
Arab dan menambah keangkuhan Israel.

Tayseer menegaskan, Olmert hidup dalam memimpin zionisme manakala istiqamah dan
keteguhan perjuangan Palestin akan memaksanya mengakui hak-hak Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.