Dewan perdagangan beri amaran krisis ekonomi Gaza selepas penutupan Al- Mintar

Selasa , 08/03/2011 – Seorang pegawai kanan Dewan Perdagangan Palestin memberi amaran akan berlaku krisis besar-besaran dalam proses mengimport bahan-bahan asas ke Gaza yang dalam kepungan berikutan penutupan pintu keluar-masuk komersial Al-Mintar.

“Penutupan pintu Al-Mintar akan menyebabkan krisis besar-besaran kemasukan semua barang keperluan ke Gaza terutamanya tepung, walaupun pada hakikatnya pintu ini memang telah ditutup untuk kemasukan semua bahan asas kecuali bijiran dan bahan makanan sejak 4 tahun lalu,” kata pegawai perhubungan awam Dewan Perdagangan itu, Maher al-taba kepada media Quds pada Rabu lalu.

Tambahnya lagi, krisis kekurangan tepung telah dijangka berlaku sejak sebulan lalu apabila sudah terdapat tanda-tanda pintu Al-Mintar akan ditutup, tetapi sekarang ia akan menjadi krisis kekurangan banyak bahan keperluan asas yang lain sekiranya ia ditutup sepenuhnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa