Bush dan Mubarak pemimpin luar pertama ucap tahniah atas kemenangan Olmert

Khamis, 30/03/2006 –
Sumber-sumber media Israel hari ini, Khamis (30/03/06) menegaskan walaupun
pilihanraya umum Israel yang berlangsung Selasa (28/03/06) belum selesai, namun
sebahagian pemimpin dan ketua negara telah menghubungi Olmert, terutama Presiden
Mesir Husni Mubarak dan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, untuk memberikan
ucapan tahniah atas kemenangan Olmert dan partinya.

Harian Israel Ma?arev mengatakan, Presiden Amerika George W. Bush tidak menunggu
sehingga waktu pengumuman rasmi keputusan pilihanraya, segera menghubungi pemimpin
Parti Kadima, Ehud Olmert, untuk menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangannya
dalam pilihanraya umum Israel.

Bush menyampaikan undangan kepada Olmert untuk berkunjung ke Amerika Syarikat pada
waktu yang sesuai setelah selesai pembentukan kerajaan,untuk membincangkan hubungan
diplomatik antara kedua-dua belah pihak.

Sementara itu radio Israel dalam siaran Rabu petang semalam menyiarkan bahawa
Presiden Mesir Husni Mubarak telah menghubungi Olmert melalui telefon dan menyatakan
kegembiraannya atas kemenangan yang diraih serta mengundang Olmert untuk berkunjung
ke Mesir dan melakukan perbincangan berkenaan persoalan dan kepentingan bersama.

Harian Ma?arev mengatakan, Presiden Mubarak dan Olmert telah sepakat untuk bertemu
dalam membincangkan pembentukan pemerintahan Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.