Amerika, Kanada dan Perancis Boikot Permerintahan Hamas

Isnin, 03/04/2006 –

Amerika Syarikat mengatakan pihaknya akan memboikot pemerintahan baru
Palestin, beberapa jam setelah pemerintahan yang dibentuk oleh Hamas mengangkat
sumpah di hadapan Presiden Palestin, Mahmud Abbas ?Abu Mazen?. Sikap yang sama juga
dinyatakan oleh Perancis dan Kanada.

Presiden Amerika George W. Bush mengatakan, pihaknya tidak akan memberi sokongan
terhadap pemerintahan Palestin yang dipimpin Hamas. Ini kerana pendirian politik
Hamas yang dilihat bertujuan untuk menghancurkan Israel. Bush menjelaskan bahawa
bantuan yang diberikan negaranya akan disalurkan kepada rakyat Palestin dan bukan
kepada pemerintah ?yang ingin menghancurkan jirannya?.

Dalam ucapan dalam satu majlis di Freedom House ? sebuah badan yang menggalakkan
demokrasi di dunia ? Bush menyatakan bahawa tujuan Pemerintah Amerika adalah
mewujudkan dua negara yang hidup berdampingan dalam perdamaian. ?Apabila pemerintah
yang terpilih menyatakan keinginannya untuk menghancurkan satu pihak lain, maka di
sana tidak ada yang dinamakan sokongan terhadap pemerintahan ini,? tegas Bush.

Senada dengan Amerika Syarikat, Kanada membekukan bantuan dananya kepada pemerintah
Palestin dan memutuskan semua hubungan dengan pemerintah baru Palestin dengan alasan
adanya ?program-program yang ingin dilaksanakan pemerintah ini (Hamas) menimbulkan
ketidaktenteraman. Kanada dan negara-negara lain menganggap pentingnya menghormati
prinsip anti keganasan, mengiktiraf Israel dan memberikan komitmen terhadap
kesepakatan-kesepakatan sebelumnya termasuk rancangan perjanjian damai.?

Perancis pula berjanji berusaha dengan segenap kemampuan bersama para sekutunya di
Eropah menggalakkan dialog politik antara Palestin dengan Israel. Pihaknya menyeru
Hamas untuk mengiktiraf Israel dan mendorong Israel untuk menghormati perjanjian
damai.

Sementara itu, setelah mengangkat sumpah di hadapan Presiden Abbas, PM Palestin
Ismail Haneyya mengatakan pemerintahan baru Palestin akan memelihara hak-hak dan
prinsip-prinsip bangsa Palestin melalui usaha mendirikan negara Palestin merdeka
dengan ibukota al Quds, pembebasan seluruh tahanan Palestin dan penegasan kembali
hak pemilik Palestin.

Setelah mendapatkan mandat daripada majoriti anggota kabinet, Haneyya menegaskan
penolakannya terhadap rancangan pejabat PM Israel Ehud Olmert yang akan memetakan
secara sepihak sempadan akhir Israel. Haneyya menegaskan kerajaannya menetapkan
syarat-syarat untuk berdamai dengan Israel.

Haneyya juga menegaskan bahawa semua kesepakatan yang ditandatangani pemerintah
Palestin sebelumnya dengan Israel kini tidak membawa sebarang erti kerana pihak
Israel sendiri tidak memberikan komitmen dan sentiasa melanggari
kesepakatan-kesepakatan tersebut. Beliau menegaskan bahawa Tel Aviv telah banyak
melampaui batas terhadap semua kesepakatan yang telah dibuat melalui tindakan
mereka terhadap rakyat dan tanahair Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.