Haneyya berjanji meneliti semua tawaran

Isnin, 03/04/2006 – Ismail Haneyya, Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA), berkata pada hari Rabu bahawa kerajaannya akan menentukan keputusan muktamad sebarang tawaran yang diberi kepada Palestin selepas menerimanya.


Beliau menegaskan dalam kenyataan kepada pemberita selepas mengangkat sumpah di hadapan ketua PA, Mahmoud Abbas, bahawa hubungan antara kerajaannya dan presidensi PA akan kekal harmoni.

Haneyya menyatakan perbincangan bersama Abbas berkisar tentang pembangunan Palestin, sambil menambah bahawa Abbas membentangkan hasil sidang kemuncak Arab di Khartoum dan resolusi mengenai Palestin.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan akan bekerjasama dengan ketua PA dalam arena antarabangsa agar ia selari dengan kehendak masyarakat Palestin dalam menengahkan kesengsaraan mereka di bawah serangan Zionis.

Beliau tiada sebarang halangan berkenaan rundingan antara Abbas dan pihak Israel tetapi akan membuat keputusan terhadap sebarang tawaran selepas menerimanya.

Perdana Menteri itu juga meyakinkin rakyat Palestin bahawa kerajaannya akan melakukan segala usaha yang mungkin dalam memenuhi kehendak Palestin.

Beliau juga menyatakan seterusnya, reformasi akan mengambil masa yang lama dan rakyat Palestin akan dapat merasai hasil polisi tersebut.

Bagi pihak Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, Dr. Nasser Al-Shaer berkata, selepas mengangkat sumpah, tiada menteri kabinet yang akan mencerminkan pendirian peribadi tetapi akan mewakili dan mempertahankan kepentingan rakyat Palestin.

Beliau mengesahkan, kerajaan baru akan dibina atas apa yang telah dicapai oleh kerajaan sebelumnya dan tiada rampasan kuasa dalam masyarakat Palestin.

Sementara itu, pejabat perdana menteri berkata Haneyya akan menerima ucapan tahniah kepada beliau daripada wakil diplomatic pada hari Sabtu pagi, dan daripada rakyat Palestin pada hari Ahad pagi.