Kerajaan diketuai Hamas mengangkat sumpah disamping kekangan bertambah oleh Zion

Isnin, 03/04/2006 –

Kerajaan Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang diketuai Hamas telah mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mahmoud Abbas pada hari Rabu, walaupun tiada tanda-tanda kekangan dan tindakan menindas Palestin akan berkurangan oleh pihak rejim Zionis.

Majlis tersebut dilangsungkan di Ramallah, Tebing Barat dan juga di Gaza kerana Israel tidak membenarkan rakyat Palestin bergerak antara dua wilayah jajahan itu.

Rejim Zionis berulangkali mengatakan ia akan menjadikan segala urusan sukar kepada kerajaan Palestin.

Israel telah pun menahan berjuta dolar keuntungan cukai Palestin and enggan memindahkan wang tersebut kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Israel juga telah meningkatkan tindakan menindas orang awam Palestin dengan memperkenalkan lebih banyak larangan dalam pergerakan orang awam Palestin antara pusat populasi mereka.

Malah, Israel juga tidak membenarkan Perdana Menteri Palestin yang baru, Ismael Haniya dan pegawai Palestin yang lain bergerak ke Tebing Barat, sambil menyatakan bahawa beliau mungkin akan ditahan atau dibunuh.

Haniya dan 24 menteri kabinetnya mengangkat sumpat taat setia terhadap tanahair dan tempat-tempat sui.

Israel menganggap Hamas sebagai musuh utama kerana pergerakan itu telah mengetuai gerakan intifadah Palestin terhadap pendudukan dan penindasan Israel selama berdekad itu.

Hamas juga dianggap faktor utama yang menyumbang kepada ketahanan dan kekuatan Palestin dalam menghadapi kekerasan ala-Nazi oleh Israel terhadap rakyat Palestin.