Hamas: Ucapan Olmert dedah sikap perkauman dan penjajah Nablus

Isnin, 03/04/2006 –

Sheikh Tayseer Emran, salah seorang pemimpin Hamas tebing barat Rabu lalu menyifatkan ucapan pemangku perdana menteri Israel Ehud Olmert’s selepas keputusan awal pilihanraya Israel sebagai ?pengganas? dan sebenarnya mendedahkan lagi sifat perkauman dikalangan pihak penceroboh Israel

Syeikh Tayseer Emran memberitahu PIC yang Olmert telah pun mendedahkan wajah sebenar kerajaannya yang bersifat kolonis dan penjajah. Beliau merujuk kepada kenyataan Olmert yang Israel sudah pun bersedia untuk menyerahkan tanahnya di Gaza dan Tebing Barat untuk mencapai perdamaian.

Kata Emran, ?Mentaliti Zionis? ini tidak berubah dan masih menidakkan hak dan kestabilan rakyat Palestin
US, Eropah dan negara-negara Arab sepatutnya faham kenyataan Olmert dan sedar bahawa pertikaian dengan Israel tidak akan dapat diselesaikan dengan cara konsesi. Pendudukan semula yang memalukan itu akan hanya melemahkan orang arab dan parti Palestin dan meningkatkan lagi penjajahan, tegas beliau.

Walaubagaimanapun, pemimpin Hamas itu menegaskan yang ketegasan rakyat Palestin akan memaksa Olmert untuk menerima hak mereka, tambahnya lagi ugutan pemangku perdana menteri itu untuk membuat penyelesaian yang berat sebelah tidak akan mebawa keamanan kepada negeri yahudi itu.