Mishaal: Hamas tidak akan iktiraf negara Yahudi atau tunduk kepada tekanan

Isnin, 03/04/2006 –

Pergerakan Penentangan Islamik, Hamas, ketua agung politik Khaled Mishaal, menegaskan bahawa Pergerakannya tidak akan, di dalam sebarang keadaan, mengiktiraf negara Yahudi atau tunduk kepada tekanan kepada mereka untuk berbuat demikian.

“Amerika Syarikat dan Israel tersilap jika mereka menganggap, walaupun seketika, dengan menghentikan bantuan kewangan kepada masyarakat Palestin dan memulaukan kerajaan Hamas akan melemahkan semangat rakyat Palestine atau memaksa ia tunduk kepada permintaan melampau mereka” Mishal berkata dalam perbualan telefon kepada lebih daripada sepuluh ribu penyokong Hamas yang berkumpul di Ramallah selepas solat Jumaat.

Mishaal menegaskan Hamas dan kerajaan baru yang dibentuk tidak akan meminta bantuan sesiapa selain daripada Allah dan akan menentang segala bentuk tekanan yang dikenakan untuk melupuskan nilai tetap dan prinsip mereka.

“Masyarakat kami telah meletakkan keyakinan mereka dan memperbaharui sokongan mereka kepada kami, oleh itu, kami tidak akan berganjak walau seinci daripada nilai tetap yang menyebabkan kami dipilih. Kami akan meneruskan perjuangan kami di jalan ini walaupun terdapat harga yang terpaksa dibayar dan cabaran terpaksa dihadapi. Pihak Barat tiada pilihan melainkan berurusan dengan Hamas untuk masa sekarang dan hadapan di Palestine”, beliau berkata.

Di peringkat penentangan pula, Mishaal menegaskan Hamas telah menentang dalam keadaan yang tidak sesuai untuk penentangan, tetapi ia berterusan dan berjaya tentera penakhluk Israel keluar daripada Semenanjung Gaza.

Di pihak jurucakap PLC, Dr Aziz Al-Duwaik melahirkan rasa optimis terhadap kejayaan yang mendatang, sambil menambah kerajaan Haneyya adalah untuk masyarakat Palestin.