Hamas Kecam Tuduhan Pemimpin Fatah

Isnin, 03/04/2006 –

Gerakan Hamas mengkritik pernyataan Samir al-Masyharawi (gambar) anggota gerakan Fatah yang
menuduh pihak pemerintah yang dipimpin Hamas sangat lemah dalam menangani insiden
berdarah yang menimpa rakyatnya, merujuk kepada pertempuran berdarah antara pihak
keselamatan dan kelompok perjuang rakyat Palestin, Sabtu (1/4/06).

DR. Shalah Bardawil, jurucakap gerakan Hamas di parlimen Palestin mengatakan, pernyataan al-Masyharawi ini sangat berbahaya. Pernyataan tersebut bermaksud pemerintah Palestin sekarang sangat lemah dalam melindungi rakyatnya.

Samir al-Masyharawi adalah anggota biro perhubungan dan organisasi gerakan Fatah.
Beliau mengkritik pemerintah baru Palestin, merujuk kepada kes gugurnya Mujahid Abu Yusuf al-Qawqa. Beliau menuduh pihak pemerintah sengaja melindungi pihak yang dicurigai sebagai pembunuh al-Qawqa. Pernyatan ini dikeluarkan selepas jurucakap brigade al-Shalahuddin mengatakan pada sidang akhbar Jumaat (31/3/06), bahawa pihak
keselamatan Palestin bertanggung jawab atas kematian al-Qawqa.

Al-Masyharawi mengatakannya dalam sidang akhbar yang diadakan di rumahnya di Gaza selepas kembali dari Mesir. Beliau menyatakan kekecewaannya terhadap Perdana Menteri Ismail Haneyya yang tidak mengakui tuduhan tersebut, bahkan meminta menteri dalam negeri untuk melindungi pasukan keselamatannya. Padahal salah seorang yang
disabitkan bertanggungjawab dalam insiden tersebut adalah ketua keselamatan Palestin. Haneyya juga tidak menyatakan penolakannya terhadap tuduhan ini.

Sementara itu, Lembaga tertinggi pemantau kumpulan-kumpulan nasional Palestin mengadakan pertemuan tergempar dengan menteri dalam negeri, Said Shiyam, untuk membincangkan isu peningkatan serangan Israel, yang membunuh dan menghancurkan wilayah Palestin dengan roket-roket dan senjata berat lain. Salah seorang yang
terkorban adalah komandan brigade Shalahuddin, Abu Yusuf al-Qawqa.

Dalam pernyataan akhbar, Lembaga tertinggi pemantau kekuatan Palestin menganggap
bahawa Israel bertanggungjawab diatas semua serangan dan pembunuhan para pejuang Palestin. Beliau menegaskan tentang hak rakyat Palestin untuk melakukan tindak balas pembelaan diri dari semua tindakan kejam Israel.

Beliau menyeru kepada semua pihak untuk menghentikan semua pernyataan yang bernada
tuduhan dan mencurigai tanpa bukti atas kematian al-Qawqa.

Lembaga tertinggi pemantau kekuatan Palestin menolak adanya pengalihan isu iaitu mengarahkan tuduhan pembunuhan dari tindakan tentera penjajah Israel kepada rakyat Palestin.

Pihak Lembaga sangat prihatin untuk menyatukan rakyat Palestin dalam satu barisan. Beliau menasihatkan semua pihak tidak tertipu dengan propaganda musuh. Beliau menyokong pembentukan jawatankuasa khas oleh menteri dalam negeri Palestin untuk segera menyiasat kes pembunuhan Abu Yusuf al-Qawqa dan mengajak semua pihak
menghentikan kekacauan serta mengakhiri tidakan bersenjata di jalanan.

Selain itu beliau juga menyeru semua pihak untuk memelihara keamanan negara dan mengecam semua
tindakan yang mengancam keselamatan dan harta rakyat Palestin.