Kerajaan baru Palestin adalah untuk rakyat, bukan hanya Hamas.

Isnin, 03/04/2006 –

Menteri Kewangan Palestin yg baru dilantik, Dr. Omar Abdul Razek, berkata kerajaan PA yg baru dibentuk adalah kerajaan untuk semua rakyat Palestin dan bukan untuk Hamas.

Dr. Abdul Razek menyelar beberapa media terutama stesen TV-Satelite supaya lebih telus dan jujur dalam menilai sesuatu perkara dan tidak membuat kenyataan tanpa menilai terlebih dahulu fakta tersebut.

Dia mengesahkan yg kerajaan sekarang memperolehi kuasa yg di pilih oleh rakyat Palestin dari Tebing Bara, Jalur Gaza dan Jerusalem itu, tidak semestinya di panggil sebagai kerajaan Hamas. Pergerakan Hamas mempunyai jurucakap dan wakilinya sendiri.

Menteri itu menambah, media mesti melaporkan fakta sebenar kepada umum, iaitu ia adalah tugas asas dan utama dalam media.