HAMAS mencatat kejutan di dalam pilihanraya

Rabu , 11/04/2006 –
Majlis guru-guru UNRWA (yang bertanggung jawab menguruskan hal ehwal sekolah-sekolah UNRWA untuk pelarian Palestin) di Lubnan telah mengadakan pilihanraya pemilihan jawatankuasanya pada 4/4/2006 yang lalu.

Majlis tersebut dikuasai sepenuhnya semenjak berdekad-dekad lamanya oleh anggota Fatah. Keadaan ini telah berubah pada pilihanraya kali ini, di mana mereka telah dikejutkan dengan kemenangan guru-guru pro-HAMAS.

Calon-calon pro-HAMAS, walau bagaimanapun kalah satu undi untuk mendapatkan majoriti berbanding guru-guru pro-Fatah. Meskipun yang demikian, keupayaan mereka untuk mendapatkan undi yang banyak di dalam penyertaan buat pertama kali itu telah menggoyangkan monopoli Fatah terhadap majlis berkenaan. Dari keseluruhan 52 kerusi yang telah dipertandingkan, HAMAS berjaya memenangi 18 kerusi, manakala Fatah 19 kerusi, dan selebihnya dimenangi oleh fraksi-fraksi yang lain.

Kemenangan besar HAMAS itu sekaligus menandakan detik-detik berakhirnya penguasaan Fatah terhadap para pelarian Palestin di Lubnan. Kemenangan tersebut juga dilihat sebagai ucapan terima kasih kepada kerajaan HAMAS di Palestin yang telah memberikan perhatian yang lebih kepada para pelarian Palestin di luar Negara.