Sumber Hebrew : Rancangan sulit menjatuhkan kerajaan HAMAS

Rabu, 12/04/2006 –


Majalah Hebrew melaporkan bahawa satu delegasi tidak rasmi yang diketuai oleh ahli Knesset Israel akan melawat Casablanca, ibu negara Moroko untuk bertemu wakil pegawai dari PLO dalam usaha mereka berhubung dengan beberapa bekas menteri Palestin dengan harapan mreka akan mengambil semula kedudukan mereka selepas kerajaan Palestin di ambil alih oleh Hamas di jatuhkan.

Menurut majalah tersebut perbincangan akan mengambil tempat dengan restu Raja Moroko. Majalah tersebut menyatakan bahawa objektif perbicangan adalah untuk meneruskan dialog di antara Palestin dan Israel walaupun sekarang ini Hamas sedang berkuasa.

Dalam aspek praktikal, kedua-dua delegasi akan cuba untuk mencapai kata persetujuan yang diambil dari semangat dari perbincangan Geneva yang tidak kesampaian yang menafikan hak Palestin untuk kembali ke tanah air mereka. Perbicangan dijangka berlaku pada 4 may di Casablanca.