Hentikan Pembunuhan Kanak-kanak!

Rabu, 12/04/2006 –
Kumpulan hak asasi manusia Israel dan Palestin menggesa tentera Zionis menghentikan amalan pembunuhan orang awam di Tebing Gaza yang merupakan jenayah perang.

Kumpulan tersebut menegaskan perbutan tentera Zionis itu melanggar Peraturan Asas Undang-undang Konflik Bersenjata dimana orang dan harta awam diasingkan daripada objektif ketenteraan.

Sebelum itu, kanak-kanak Palestin berarak dan berdemo di Gaza menuntut menghentikan pembunuhan beramai secara gerak-perlahan. “Ya, tiada bilik gas tapi Israel bunuh kami secara perlahan!”, begitu salah satu sepanduk ditulis.

Hari Isnin lepas kereta kebal Israel mengebom sebuah rumah membunuh kanak-kanak berusia 10 tahun dan mencederakan ahli keluarga yang lain termasuk 10 kanak-kanak. Israel telah membunuh lebih 1400 kanak-kanak dan berkata semuanya adalah dengan tidak sengaja!