Israel : Kami membunuh kanak2 Israel kerana membantah kemenangan Hamas !

Rabu, 12/04/2006 –
Menteri Perang Israel menyatakan pengeboman penduduk Palestin di utara Gaza adalah sebahagian daripada tindakan mereka ke atas kejayaan Hamas dalam pilihanraya Januari lepas.


Berkata kepada radio Israel, Shaul Mofaz berkata langkah Israel menyerang Gaza adalah kerana dua tujuan, sebagai tindakbalas kepada serangan pejuang roket ke atas askar Israel dan menunjukkan Israel tidak menyokong kewujudan kerajaan Hamas.

Serangan secara intensif itu telah membunuh lebih daripada 30 penduduk Palestin termasuk sekurang-kurangnya dua kanak-kanak.

Isnin lepas, kereta perisai Israel menyerang kawasan perlindungan rumah di Gaza, membunuh kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, Hadil Rabi? Ghaban, dan mencederakan keluarga kanak-kanak tersebut.

Pada keesokan harinya, pemangku perdana menteri Israel, Ehud Olmert berkata Israel memohon maaf ke atas kematian kanak-kanak tersebut, dan berkata pengeboman ke atas Palestin akan diteruskan.

Askar Israel membunuh beribu penduduk Palestin yg tidak bersalah sepanjang 6 tahun ini, termasuk lebih 1400 kanak-kanak