Persidangan Kebangsaan Arab Kecam ?Sekatan Segitiga? Terhadap Palestin

Rabu, 12/04/2006 –

Ketua Sekretariat Persidangan Kebangsaan Arab mengecam keras sikap diam dunia Islam dan Arab terhadap sekatan bantuan dan pemulauan segitiga Amerika, Eropah dan Israel kepada rakyat Palestin kerana pilihan demokratik memilih Hamas untuk memerintah Palestin.

Dalam pernyataannya, Persidangan Kebangsaan Arab mengatakan bila negara-negara Arab dan dunia Islam, tidak bergerak bersama rakyat hari ini dalam menghadapi permusuhan
Israel yang terus meningkat, juga dalam menghadapi sekatan Barat yang mencekik ini,
jadi bila lagi mereka hendak bergerak!!??

?Bagaimana boleh mereka diam membisu terhadap tindakan kejam dan perbuatan merampas
hak bangsa dengan menuntut hak-hak mereka yang sah serta melakukan hak demokrasi
secara bersih dan telus,? katanya seperti disiarkan pejabat berita pembebasan
Palestin, al markaz al filistini lil i’lam.

Pernyataan ini mempersoalkan peranan Dewan Keamanan PBB yang tunduk di bawah
hegemoni Amerika, komitmen terhadap piagam PBB, dan perjuangan dunia antarabangsa
terhadap Hak Asasi Manusia yang dicanangkan saban hari dalam menghadapi tindakan
kejam dan tidak berperikemanusiaan Zionis dan Eropah.

Persidangan Kebangsaan Arab juga mengecam keputusan Amerika dan Eropah terhadap
kempen demokrasi mereka di timur tengah.Di satu sudut mereka nampak
bersungguh-sungguh memperjuangkan demokrasi namun keputusan memutuskan segala bentuk
bantuan kemanusian dan memulaukan Palestin jelas menunjukkan penolakkan terhadap
prinsip-prinsip antarabangsa.

Mengulas berkenaan empat tahun serangan terhadap Jenin. ?Peristiwa itu tidak hanya
mengingatkan kita pada kebiadaban tentera penjajah yang sudah kita ketahui selama
setengah abad melakukan kekejaman berterusan terhadap rakyat di Palestin, Lebanon,
Mesir dan Syria. Namun juga mengingatkan kita akan konspirasi sejumlah negara besar
dan kelemahan badan-badan rasmi antarabangsa dalam merealisasikan resolusi
antarabangsa yang amat sederhana dengan hanya mengirim utusan untuk menyelidik
peristiwa serangan di Jenin.? katanya.

Dalam majlis penutup persidangan ini meminta umat Islam dan masyarakat antarabangsa
untuk segera bertindak dalam menghadapi kekejaman penjajah yang terus meningkat
terhadap Palestin serta sekatan bantuan dan pemulauan yang tidak berperikemanusiaan
terhadap pemerintah Palestin yang dipilih secara demokratik.