PBB larang Agensinya Mengadakan Hubungan Dengan Pemerintah Palestin

Khamis, 13/04/2006 – Pihak PBB menyatakan bahawa badan antarabangsa tersebut telah meminta agensi bantuan yang ada di bawahnya untuk tidak melakukan
pertemuan dengan para pemimpin politik dari Gerakan Pejuang Islam Hamas dan hanya
membataskan hubungan dengan para ahli-ahli teknikal pemerintahan Palestin yang baru.

Larangan PBB tersebut merupakan lanjutan daripada boikot dan tekanan antarabangsa
dari PBB, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah untuk memulaukan pemerintah
Palestin. Tujuannya adalah untuk memberi tekanan kepada Gerakan Hamas agar
mengiktiraf penjajah Israel, khususnya dalam keadaan penderitaan yang mencengkam
rakyat Palestin ketika ini.

Seorang pegawai senior di PBB mengatakan, hubungan akan dilakukan pada tahap
program-program kemanusiaan terus berjalan. Namun dalam waktu yang sama pihaknya
meminta agensi-agensi PBB untuk tidak melakukan hubungan politik dengan para
pemimpin Hamas. Larangan itu meliputi hubungan dengan para menteri kabinet dan para
pegawai tertinggi pemerintah.