UNRWA memberi amaran kekurangan bekalan makanan di Gaza dalam sepuluh hari

Khamis, 13/04/2006 –

Pesuruhjaya tinggi UNRWA, Karen Abu Zaid, mengumumkan bahawa bekalan makanan di Jalur Gaza akan kehabisan dalam masa sepuluh hari, dan menyalahakan pihak Israel kerana penutupan berulang kali persimpangan Karni.

Semasa sidang akhbar di agensi berita Ramattan di bandar Gaza, beliau mendedahkan, ?Kami mendapat maklumat pembukaan separa di persimpangan Karni hari ini?, dan menambah beliau akan menunggu dan melihat akibatnya. ?Di Tebing Barat, kami berhadapan dengan halangan IOF yang menyekat penghantaran bekalan makanan kepada rakyat Palestin yang memerlukan?, tambah beliau.

Beliau menjelaskan bahawa agensi UN yang prihatin telah bertemu pada hari Selasa dalam usaha untuk merangka rancangan yang seharusnya dilakukan oleh mereka jika gaji kakitangan PA tidak dibayar, dan mengambilkira penambahan penduduk Palestin yang memerlukan bantuan.

Sebagai maklumbalas kepada kemungkinan pengambilalihan fungsi daripada UN di Palestin, pesuruhjaya itu menjelaskan, ?Komuniti antarabangsa memohon sumbangan kepada UNRWA, dan kami akan menggunakannya untuk membantu pelarian Palestin. Kami tidak ada niat untuk menukar fungsi dan kaedah pergerakan kami di dalam kawasan Palestin?.

Karen Abu Zaid menafikan menerima apa-apa permintaan daripada UN untuk mengurangkan hubungan dengan kerajaan Hamas, dan menegaskan, ?Saya akan meneruskan hubungan dengan kerajaan PA sekarang sebagaimana yang telah saya lakukan kepada kerajaan PA yang lalu?.

?Kami menasihati pihak yang membuat keputusan untuk memikirkan semula keputusan mereka, dan membuat kajian yang mendalam sebelum melaksanakannya yang mana akan mengakibatkan kesan yang buruk?, tegas beliau.

Pihak pentadbiran AS dan EU memutuskan untuk tidak menjalinkan hubungan dengan PA, dan menyekat bantuan terus kepada rakyat Palestin, yang mana dilihat sebagai hukuman beramai-ramai kepada mereka kerana memilih Hamas untuk memimpin mereka setelah memenangi proses pilihanraya yang demokratik.