Menteri Penerangan kerajaan PA ? Penentangan ialah pilihan bagi rakyat Palestin

Khamis, 13/04/2006 –

Dr Yousef Rezka (gambar), Menteri Penerangan kerajaan PA, telah menegaskan bahawa penentangan keras ialah pilihan strategik bagi rakyat Palestin dan pilihan itu akan terus dilindungi oleh kerajaan Palestin.

Dia seterusnya menyatakan bahawa kerajaan Palestin terkini telah dilantik oleh rakyat berdasarkan prinsip kerajaan meneruskan penentangan tegas terhadap Israel.

Bercakap di sebuah seminar yang dianjurkan di Kem Pelarian Bureiji di tengah Jalur Gaza Selasa lalu, beliau juga berkata bahawa Israel sebagai satu kuasa penjajah sepatutnya menghulurkan bantuan dari segala aspek kepada rakyat di dalam jajahannya sebagaimana yang telah ternyata di dalam undang-undang antarabangsa

Dr Yousef Rezka turut mendakwa bahawa Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin dengan tujuan untuk menyokong Israel dan bukannya atas dasar kemanusiaan yang sebenar.

Beliau turut berharap supaya kepungan dan keperitan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin tidak berterusan lagi malahan menurutnya, masyarakat Arab dan Muslim khususnya, beserta dengan pencinta-pencinta kebajikan tidak akan mengabaikan rakyat Palestin.