Hamas ‘bersedia’ untuk mengakui Israel

Jumaat, 14/04/2006 –

Kerajaan Palestin yang diketuai Hamas sudah bersedia untuk mengakui Israel sebagai sebuah negara jika Israel bersedia untuk mengundur diri secara menyeluruh dari Tebing Barat, Jerusalem timur dan jalur Gaza, Al Jazeera.net diberitahu.


Sumber yang rapat dengan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya, menyatakan bahawa keputusan Hamas itu adalah satu “perubahan polisi yang ketara”.

“Maksudnya ialah sekarang kerajaan Palestin sanggup mengakui Israel jika ia setuju dengan beberapa syarat, termasuk pengunduran sepenuhnya dari wilayah-wilayah yang dijajah Israel tahun 1967 dulu,” satu sumber memberitahu Al Jazeera.net hari ini.

Sumber yang tidak mahu dinamai itu menambah bahawa beliau menjangka “pendirian baru” itu akan diumumkan secara rasmi oleh Haniya dalam beberapa hari yang akan datang.

Kerajaan yang diketuai oleh Hamas sedang menghadapi tekanan antarabangsa supaya mereka mengakui Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat, dan untuk meletakkan senjata dan menerima persetujuan lama antara Penguatkuasa Palestin dan Israel.

Jurucakap rasmi Hamas di Tebing Barat enggan memberi komen tentang ini.