Zahhar mengalu-alukan kenyataan Prodi

Jumaat, 14/04/2006 –
Dr. Mahmoud Al-Zahhar, Menteri Luar PA, menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh pemimpin berhaluan kiri Itali, Romano Prodi (gambar), setelah memenangi pilihanraya umum negaranya, dimana beliau menggesa negara-negara Eropah untuk mengkaji semula pendirian mereka keatas kerajaan baru palestin yang dipimpin oleh Hamas.

Didalam kenyataannya malam semalam, Zahhar menyatakan kenyataan Prodi itu sebagai ?positif? dan berharap dia akan berjaya mengubah ?kesalahan? EU berkenaan rakyat Palestin dan kerajaan yang mereka pilih.

Seterusnya beliau berharap pemimpin Itali itu akan menggesa masyarakat Eropah untuk menghormati demokrasi dan kebebasan memilih rakyat Palestin. Menteri Luar itu juga menasihati negara-negara EU tidak turut serta dalam rancangan memeras ugut yang dikenakan ke atas rakyat Palestin dengan cara mengenakan tekanan dan membiarkan mereka didalam kebuluran.

Zahhar mengucapkan tahniah kepada Prodi diatas kejayaan didalam pilihanrayanya, dan berkata pendirian ?beraninya? menggambarkan ?prinsip yang hidup? yang mana boleh menggalakkan negara-negara EU yang lain untuk mengikuti jejak langkahnya, dan menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin serta mengadakan hubungan dengan kerajaannya yang dipilih dengan sah.