Perkampungan Baru Israel Berhampiran Masjid Al Aqsa

Jumaat, 14/04/2006 –

Sumber-sumber media Israel menyebutkan sebuah syarikat Israel yang bertanggungjawab dengan projek Pengyahudian Al Quds akan mengeluarkan tender untuk mendirikan penempatan Yahudi baru yang terdiri dari kawasan perumahan, pusat perniagaan dan hiburan berdekatan tembok ratapan (haith Al Barraq) di kawasan masjid Al Aqsa.

Mingguan Jerusalem Israel yang menyiarkan berita tersebut pada edisi Rabu (12/04/06) menyatakan bahawa kawasan projek tersebut adalah di kawasan letak kereta berdekatan tembok ratapan atau Al Haith Barraq. Akhbar ini menambah, pihak yang meneraju projek ini adalah syarikat pembangunan Israel yang memprolehi bantuan dana dari DPD (Dewan Perwakilan Daerah) Israel di Al Quds. Sementara itu arkitek pembangunan ini akan diberikan kepada Moshe Savde seorang pelampau Yahudi yang
bekerja untuk proses Yahudinisasi kota suci di Palestin.

Sumber Israel menyebutkan bahawa dana yang diperlukan dalam pembangunan ini mencapai
100 juta syekal.Sebanyak 40 juta untuk pembangunan perumahan dan selebihnya adalah
untuk membangunkan kawasan letak kereta bawah tanah.