PA menyambut baik jaminan bantuan Iran

Isnin, 17/04/2006 –

Pihak berkuasa Palestin (PA) yang dipimpin oleh kerajaan Hamas menyambut baik jaminan bantuan sebanyak 50 juta dolar daripada Iran untuk membantu kerajaannya yang menghadapi masalah kewangan.

Jurucakap untuk Perdana Menteri Palestin menyatakan jaminan bantuan tersebut sebagai ?menandakan keikhlasan komitmen Iran kepada masalah di Palestin?.

?Kerajaan Palestin dan Perdana Menterinya amat menghargai tidakan daripada saudara kami daripada Iran. Kami berharap negara-negara Arab dan Muslim yang lain akan sama-sama memikul tanggungjawab mereka pada agama, moral dan kemanusiaan kepada saudara mereka di Palestin?, kata Dr. Ghazi Hamad, jurucakap kerajaan di Gaza.

Menurut Hamad, tindakan Iran itu akan mempertingkatakan kebolehan Palestin untuk menahan tekanan dari Amerika, Israel dan negara-negara Barat yang bertujuan untuk menghancur dan membubarkan kerajaan Islam.

?Pada pendapat saya Iran telah menunjukkan keberanian untuk menentang dan mencabar ketuanan Amerika. Saya merasakan negara-negara Arab perlu belajar daripada Iran dan berhenti daripada menjadi tali barut Amerika?, kata Hamad.
Rakyat Palestin berharap jaminan bantuan Iran itu akan dapat menampung sehingga 50-60 juta dolar daripada kutipan kastam Palestin yang telah dibekukan oleh Israel berikutan kemenangan Hamas didalam pilihanraya 25 Januari lepas.

Sumbangan Iran itu diumumkan didalam ucapan oleh Menteri Luar, Manouchehr Mottaki semasa sidang penutup persidangan parlimen Islam selama 3 hari di Tehran, yang bertujuan untuk menentukan bantuan yang akan diberikan kepada Palestin. ?Saya amat berbangga untuk mengumumkan Iran akan menyumbangkan 50 juta dollar untuk membantu warga Palestin,? katanya.

Walau bagaimanapun, Mottaki tidak menyatakan bantuan tersebut sebagai tanggungjawabnya sebagai rakan kepada Palestin. Pegawai Iran itu juga menyeru seluruh umat Islam di dunia ini untuk membantu Palestin, dan berkata, ?dunia Islam perlu membantu kerajaan baru Palestin untuk menyelesaikan masalahnya.?

Masih belum jelas bagaimana dan bila kerajaan Iran akan membayar 50 juta dolar itu kepada kerajaan Palestin. Pada minggu lepas pihak pentadbiran Bush memberi amaran kepada bank-bank yang beroperasi di Tebing Barat dan Jalur Gaza berkaitan urusniaga dengan kerajaan Palestin, dan berkata sekatan akan dikenakan kepada bank-bank yang tidak menghiraukan amaran tersebut.

Pihak AS juga mengeluarkan sekatan yang menghalang warganya daripada menjalankan urusniaga dengan kerajaan pimpinan Hamas.
Para pegawai Hamas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Amerika ini, dan berkata ini menunjukkan bagaimana Israel telah mempengaruhi polisi Amerika terhadap warga Palestin.