Tamimi: Krisis kewangan yang berterusan akan membawa kekacauan

Isnin, 17/04/2006 –

Ketua Hakim, Sheikh Tayseer Al-Tamimi yang melawat
Emirate of Sharjah di UAE, sabtu lalu memberi amaran seluruh negara akan berada dalam keadaan kacau sekiranya sekatan ekonomi yang dilancarkan oleh US dan EU kepada rakyat dan kerajaan Palestin berterusan.

Tamimi memberi amarannya di dua mesyuarat yang berasingan, bersama dengan ketua negara Sharjah, Sheikh Sultan Al-Qassemi di Sharjah, dan satu lagi ketika beliau bersama setiausaha agung OIC, Ekmel Edine Ihsan Oglo, di Kaherah.

Tamimi juga menerangkan perkembangan terbaru Palestin kepada Qassemi dan Oglo.

Di dalam kenyataan akhbarnya, yang juga dihantar ke PIC, ketua hakim berkenaan juga mengakui bahawa regim Israel sedang merancang untuk memusnahkan kehidupan rakyat Isreael seluruhnya, ini termasuk pembunuhan yang dilakukan tiap-tiap hari, pemusnahan hasil tanaman dan meratakan tanah rakyat Palestin.

Syeikh itu menegaskan lagi antara tindakan yang paling kejam dilakukan oleh Regim Israel itu ialah mencuri tanah, membatalkan ID rakyat Palestin dan mengenakan cukai yang tinggi dan mengubah sempadan negara.

Beliau juga mendedahkan rancangan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert untuk mengambil lebih banyak lagi tanah rakyat Palestin dan akan membahagi-bahagikan Tebing Barat kepada daerah-daerah yang akhirnya akan melenyapkan impian rakyat Palestin untuk membina sebuah negara
yang merdeka.

Beliau juga menempelak US dan EU terhadap sekatan ekonomi yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Beliau meminta Umat Islam dan negara-negara Arab supaya menjalankan tanggugjawab mereka terhadap Jerusalem dan menyokong rakyat Palestin menentang kempen tekanan Barat, supaya rakyat Palestin tidak tunduk tunduk kepada kehendak Barat.