9 Mati dan ramai cedera dalam aksi syahid terbaru

Selasa, 18/04/2006 –

Sekurang-kurangnya 9 orang Israel mati dan ramai yg cedera dalam satu letupan semlm (17/4/2006), apabila seorang rakyat Palestin telah melakukan aksi syahid di bandar Tel Aviv, sumber polis berkata.

Radio Israel berkata ramai yg cedera parah.

Pengebom itu juga mati dalam serangan tersebut dimana tindakan ini dikatakan kerana tindakan Israel yg membunuh lebih 25 rakyat Palestin termasuk dua kanak-kanak dua minggu lepas.

Organisasi Jihad Islam dilaporkan bertanggungjawab dalam serangan ini berkata, ini balasan daripada tindakan askar Israel yg membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin.

Kerajaan Israel mengutuk PA (Palestinian Authority), yg diketuai oleh Mahmoud Abbas dan ahli-ahli yg lain yg mengetuai kerajaan Hamas. Sumber Palestin memberi amaran kepada Israel jika mereka ingin melalukan sesuatu pada masyarakat Palestin. Tindakan mereka akan membawa kemusnahan yg lebih teruk lagi.