PA menghargai sumbangan Iran

Selasa, 18/04/2006 –

Kerajaan Palestin dan Pergerakan Hamas menghargai bantuan Iran yang ditambah kepada 100 juta dolar sebagai bantuan segera. Menteri Luar Iran juga menggesa negara-negara Islam untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin untuk membolehkan mereka bertahan terhadap tekanan yang bertujuan untuk mencairkan kepentingan nasional mereka.

Jurucakap kerajaan, Dr. Ghazai Hamad (gambar) berterima kasih kepada Iran diatas bantuan tersebut terutamanya semasa kesusahan yang ditanggungi oleh rakyat Palestin sekarang disebabkan sekatan yang dikenakan oleh Barat.

Hamad menegaskan keputusan Iran itu merupakan perubahan kualitatif didalam memecahkan sekatan yang dikenakan kepada rakyat Palestin oleh Israel dan kuasa-kuasa Barat yang mengikut telunjuk Amerika kerana membuat pemilihan secara demokratik.

Beliau menggesa semua negara-negara yang prihatin dan bersemangat setiakawan untuk menyegerakan bantuan kepada rakyat Palestin untuk membantu mereka menghadapi pencerobohan Israel dan kerakusan mereka yang berterusan.
Dalam pada itu, Hamad juga menyatakan rundingan masih berjalan diantara pejabat Presiden PA dan pihak kerajaan didalam memindahkan tanggungjawab yang akan diamanahkan daripada Presiden kepada pihak kerajaan.